Kehidupan awal Sharul Kamal

Sharul dilahirkan pada 3 Disember 1996 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak kepada pasangan Kamarozaman @ Kamal dan Maznah Baba serta anak ketiga daripada empat orang adik-beradik yang kesemuanya lelaki.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Pondok As-Sofa, Rembau (kini dikenali sebagai Sekolah Tinggi Islam As Sofa)[4] dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Samad (SDASA), Port Dickson, Negeri Sembilan.

Semasa di bangku sekolah, Sharul sangat aktif menyertai pelbagai pertandingan sukan dan kokurikulum. Beliau pernah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Qasidah dan Pertandingan Berzanji Peringkat Daerah Rembau ketika berusia sekitar 12 hingga 14 tahun. Selain itu, Sharul juga berjaya meraih tempat keempat dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan di mana beliau menghafal Al-Quran sehingga juzuk tiga.[4]

Sharul juga aktif bermain sukan bola sepak dan pernah menyertai Akademi Bola Sepak Yayasan Negeri Sembilan.[4] Bagaimanapun, Sharul berkata dia tidak berhasrat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang itu kerana hanya menjadikan sukan tersebut sebagai hobi bagi mengisi masa lapang.

Beliau pernah melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan Kreatif di Universiti Teknokogi MARA (UiTM) Puncak Perdana sehingga semester dua pada tahun 2014 hingga 2015.[4] Sharul menangguhkan pengajian semasa menyertai Akademi Fantasia dan mengambil keputusan untuk tidak menyambung semula pengajiannya atas sebab-sebab tertentu.

Rujukan

WikiPedia: Sharul Kamal https://www.budiey.com/kembara-balkan-sharul-kamal... https://www.budiey.com/senarai-pemenang-akademi-fa... https://www.budiey.com/sep-bunga-tersingkir-dari-m... https://www.facebook.com/iamsharulkamal https://gempak.com/berita-terkini/tak-dapat-masuk-... https://iluminasi.com/bm/biodata-penyanyi-dan-pela... https://www.instagram.com/sharulkamal_/ https://ohbulan.com/saingan-sengit-immortal-songs-... https://twitter.com/smugglegreen https://utusantv.com/2021/10/06/dunya-band-baru-sh...